Saturday, September 20, 2008

SUAMI & ISTERI


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah… Justeru isterimu, hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.


Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya .. Isteri adalah murid kamu mursyidnya .. Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.. Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.. pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa..


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa kamu bukanlah Rasulullah saw pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...amin


Untuk isteri...renungkanlah suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.. Tidaklah setaqwa Ibrahim.. Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.. Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.. Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.. Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.. Justeru kamu akan tersentak dari alpa? Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga.. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah..amin


Justeru itu wahai para suami dan isteri.. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman?


Dan tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....."

ISTIDRAJ


Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan olehAt-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.


Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong. " Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab NasaibulæIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?


Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?


Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan menggunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

JADILAH BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA



WANITA sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkansesuatu yang cantik, indah dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam. Adanya wanita menjadi penyambung zuriat di maya pada.


WANITA SOLEHAH ibarat bunga yang berkembang mekar harum dan bersinar. Menjadi idaman sebagai penyeri suasana.


WANITA THOLEHAH (buruk akhlak) ibarat bunga yang layu, kering, tidak berseri. Tiada siapapun yang sudi. Kalau cantikpun ia hanya ibarat bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.


WANITA SOLEHAH zaman Rasulullah saw seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Sumaiyyah, Asma' dan lain-lainnya telah lama meninggalkan kita; dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan teladan dan contoh. Tugas wanita abad ini sebagai wanita-wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.


Islam hanya memberi EMPAT SYARAT untuk wanita menempah tiket ke syurga; iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatan dan maruah dirinya.

HANYA wanita yang memiliki hati yang beriman dan bertaqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelak akan Allah berikan di akhirat di mana mereka ibarat BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA.

A Woman of Strength






A strong woman works out every day to keep her body in shape, but ...
A woman of strength kneels in prayer to keep her soul in shape.
A strong woman isn't afraid of anything, but ...
A woman of strength shows courage in the midst of her fear.
A strong woman won't let anyone get the best of her, but ...
A woman of strength gives the best of her to everyone.
A strong woman makes mistakes and avoids the same in the future, but ...
A woman of strength realizes life's mistakes can also be God's blessings and capitalizes on them.
A strong woman walks surefootedly, but ...
A woman of strength knows God will catch her when she falls.

A strong woman wears the look of confidence on her face, but ...
A woman of strength wears grace.

A strong woman has faith that she is strong enough for the journey, but ...
A woman of strength has faith that in the journey she will become strong.